Presiden Jokowi Dipuji, Pakai Kasut RM112 Buatan Indonesia Ketika Bertemu Elon Musk

17 May 2022 • 10:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkongsi foto memaparkan beliau melakukan kunjungan ke SpaceX di Boca Chica, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas dan bertemu dengan CEO syarikat aeroangkasa tersebut yang juga bilionair terkenal, Elon Musk.

Menurut Astro AWANI, Jokowi yang tiba pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) telah disambut Musk yang seterusnya dibawa meninjau kemudahan yang terdapat di SpaceX.

 

Jokowi pakai kasut buatan Bandung?

Selain ramai yang tertumpu dengan hasil pertemuan kedua individu tersebut dan impaknya terhadap ekonomi Indonesia, ramai juga yang terkesima melihat kasut yang dipakai Jokowi ketika bertemu Musk.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen dari Indonesia memaklumkan bahawa Jokowi telah memakai sepasang kasut dari jenama Project NAH buatan Bandung, Indonesia. Lebih mengejutkan, kasut itu hanya berharga RM112 sahaja.

 

“Sangat sederhana, selalu jadi trendsetter”

Isu berkenaan kasut yang dipakai Jokowi itu ternyata mendapat perhatian netizen di Malaysia yang merasakan presiden dari negara seberang itu sangat humble dan benar-benar mahu memajukan negaranya.

Malah ramai juga mengatakan tindakan Jokowi dengan memakai kasut sederhana dan buatan negara sendiri itu patut dicontohi sesetengah menteri di Malaysia yang lebih gemar memakai kasut buatan luar negara dengan harga puluhan ribu ringgit.

image is not available

Bagi yang berminat dengan kasut ni, korang boleh je beli di Shopee tapi take time sikitlah nak sampai. Apa-apapun baguslah ada pemimpin yang support barangan tempatan ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.