Lelaki Derita Cincin Tersangkut Di Kemaluan, Kena Minta Tolong Bomba

9 May 2022 • 11:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang lelaki warga Rohingya berusia 26 tahun terpaksa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang untuk mengeluarkan cincin yang tersangkut di kemaluannya.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan difahamkan sengaja menempah bala apabila bertindak menyarung sebentuk cincin besi pada kemaluannya sehingga mengalami kesakitan yang luar biasa.

Setibanya di hospital, petugas bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah untuk mengeluarkan cincin itu.

image is not available

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, anggotanya bergegas ke hospital selepas mendapat panggilan dan mendapati cincin masih tersangkut pada alat sulit.

Anggota bomba segera melakukan operasi memotong dan mengeluarkan cincin logam itu menggunakan peralatan khas dibawa.

Tambahnya lagi, anggota bomba mengambil masa lebih satu jam untuk membantu mengeluarkan cincin itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.