“Sila meninggal” – Dr. Izzar Kongsi Pengalaman Jadi HO, Beri ‘Warning’ Jangan Buli Di Tempat Kerja

Entertainment
10 May 2022 • 10:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ni kecoh di media sosial tentang isu pegawai perubatan yang sering menjadi mangsa buli di tempat kerja sehingga meraih perhatian netizen yang lain.

Isu tersebut hangat diperkatakan sehingga kini sampaikan Dr. Rafidah Abdullah menyuarakan pendapatnya di Twitter @rafidah72 berikutan dengan hal yang telah tular sejak kebelakangan ini.

“Pernah saya kerja tanpa off day”

Bukan tu saja, hal tersebut telah menarik perhatian suami kepada pelakon Umi Nazeera yang juga seorang doktor iaitu Dr. Izzar berkongsikan pengalamannya di Instagram @izzar semasa menjadi doktor pelatih atau housemanship (HO).

Dari kapsyen yang ditulis, dia mengatakan tempoh sebagai HO merupakan tempoh yang perit bagi pegawai perubatan tetapi penuh dengan kenangan manis kerana ketika itu masa untuk berehat juga boleh dikatakan terhad.

Berikutan kes buli yang dikatakan berlaku dalam kalangan HO merupakan sesuatu yang tak dapat dielakkan kerana ianya sentiasa ada namun taklah semuanya teruk seperti yang dikecohkan.

“Masa saya HO dulu pernah saya kerja tanpa off day/ cuti selama 4 bulan berturut2. Bila ada cuti pun hanya seminggu sekali sahaja” – Tulis Dr. Izzar

Di hujung kapsyennya juga, Dr. Izzar sempat selitkan ‘warning’ kepada pembuli untuk segera berhenti melakukan gejala yang tidak sihat itu kerana ianya mampu merosakkan diri seseorang

image is not available

Dr. Izzar juga meluahkan harapannya untuk semua doktor pelatih untuk menjadikan cabaran sepanjang tempoh menjalani HO sebagai batu loncatan untuk menjadi pegawai perubatan yang lebih baik di masa yang akan datang.

Min suka betul lah baca sharing Dr. Izzar ni… Inspiring gitu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.