“Dah Jadi Jenazah Dah Kan?” – Gadis Ini Teruk Kena Hentam, Dikecam Tak Sensitif

Entertainment
22 May 2022 • 3:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Padah memuat naik hantaran tanpa menjaga sensitiviti orang lain, seorang pengguna Twitter dihentam netizen habis-habisan.

Menerusi satu hantaran Tweet, gadis itu mempersoalkan mengapa van jenazah menggunakan lampu kecemasan di tengah kesesakan jalan raya sedangkan sudah meninggal dunia.

image is not available

Selepas dikecam netizen, gadis ini difahamkan sudah memadam hantaran dan menukar tetapan akaun kepada peribadi.

Susulan isu itu, seorang individu tampil menjelaskan mengapa van jenazah perlu menyalakan lampu kecemasan. Dia memberikan pandangan berdasarkan pengalaman sendiri di mana adiknya meninggal dunia pada 2014.

Kata individu ini, jika berlaku kematian ianya sudah tentu melibatkan banyak pihak untuk urusan pengebumian. Sebagai seorang manusia, kita hendaklah mempunyai rasa simpati.

image is not available

image is not available

image is not available

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Semoga dijadikan pengajaran supaya lebih sensitif di masa akan datang.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.