“Drama je lebih” – [VIDEO] Aisar Khaled Buat ‘Content’ Di Jalan Raya Sampai Kena Hon Dengan Kereta

Entertainment
27 May 2022 • 4:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebut sahaja nama Aisar Khaled, semua rasanya dah tau yang influencer ini sering dilanda kontroversi. Apa sahaja content yang dia lakukan pasti akan dapat perhatian ramai.

Baru-baru ini, kecoh di TikTok seorang individu @maderbell93 ada memuat naik satu video tengah merakamkan Aisar Khaled berada di tengah-tengah jalan raya.

Dalam video tersebut, Aisar dilihat berpenampilan kemas iaitu dia memakai sut lengkap berwarna merah dan apa yang menjadi perhatian lagi apabila Aisar boleh pula tiba-tiba ‘berdrama’ dengan jatuh dekat tengah-tengah jalan.

Bukan sahaja, gelagatnya itu dianggap sangat berbahaya kerana ia boleh mendatangkan kecederaan seperti dilanggar kenderaan lain kerana terdapat banyak kereta yang lalu-lalang pada waktu tersebut.

Selain itu, aksinya yang berbahaya itu telah menyebabkan Aisar dihon oleh kereta dan dia turut diperhatikan oleh orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dan geram dengan perbuatan Aisar seolah-olah tak faham akan peraturan jalan raya dan tiada common sense sebagai rakyat Malaysia.

“Mana polis kenapa tak tangkap dia” – Komen netizen

“Memang sejenis yang takde common sense ek” – Komen netizen

image is not available

Nanti kita nantikan apa content Aisar pada masa akan datang ya! Kita tengok apa dia nak buat…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.