Ops Bersepadu Keluar 530 Saman, Sita 3 Kenderaan

8 May 2022 • 1:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Operasi berkenaan melibatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan polis sendiri. - Gambar dari Facebook Polis Subang Jaya

KUALA LUMPUR - Sejumlah 530 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Bersepadu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, operasi berkenaan melibatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan polis sendiri.

Menurut beliau, ia diadakan di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan (PJS) arah Sunway.

“Pihak polis turut mengeluarkan 30 saman melibatkan pelbagai kesalahan.

“Operasi terbabit dijalankan bagi mengesan pesalah-pesalah trafik yang masih berdegil dalam mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya hari ini.

Mohd Fairus berkata, Ops Bersepadu itu menghimpunkan seorang pegawai dan lima anggota dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT) Subang Jaya, lapan pegawai JPJ serta 47 anggota JAS.

“Kami turut menyita tiga kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan JPJ,” katanya.

Katanya, BSPT Subang Jaya akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Kepada semua pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal, anda diingatkan agar jangan mengubahsuai kenderaan tanpa keizinan pihak berkuasa dan tidak melanggar peraturan jalan raya yang telah ditetapkan,” tegasnya. - Getaran, 8 Mei 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved