
Kota Kinabalu: Pemain sektor pelancongan akan menulis surat secara rasmi kepada kerajaan untuk membantah secara kolektif pelaksanaan kenaikan gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Mei di seluruh negara.
Banyak pengusaha hotel dan pelancongan yang terjejas melahirkan kekecewaan dan rasa sedih kerana mereka tidak diberikan pengecualian walaupun kerajaan telah berjanji untuk berbuat demikian.
