(VIDEO) “Yang ‘Pregnant’ Pun Sama Naik” – Keluarga Bergaduh Depan Stesen Minyak, Netizen Tertanya-Tanya Apa Puncanya

Entertainment
6 May 2022 • 9:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video menunjukkan satu pergaduhan yang berlaku di sebuah stesen minyak yang tidak diketahui lokasinya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila perbalahan itu dipercayai melibatkan beberapa orang yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga.

Pergaduhan yang boleh dianggap ‘besar’ itu dilihat berlaku di tepi jalan dan ia juga menimbulkan sedikit kesesakan jalan raya kerana orang ramai memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa ingin tahu mengenai sebab dan punca mengapa perbalahan itu terjadi malah lebih membimbangkan apabila ada juga ibu hamil yang terlibat.

image is not available

Sumber : Twitter  

Netizen juga berasa terhibur dengan pengulas video tersebut yang berseloroh dan bersikap kelakar sepanjang dia mengulas pergaduhan tersebut.

Apa-apapun harap pergaduhan tersebut dapat menemui jalan penyelesaian lah ya!

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Tak Takut Dosa Ke?" - Peniaga Ayam Kantoi 'Pam' Ayam Mentah Bagi Kembung Dan Berat