
Kota Kinabalu: Netizen berkongsi kekecewaan mereka di media sosial berhubung perkhidmatan MERS999 susulan insiden terbaharu di Kolombong, di sini, Rabu lalu di mana seorang bapa kepada tiga anak meninggal dunia di dalam keretanya ketika menunggu selama sejam untuk ambulans tiba.
Dalam beberapa kes, ambulans didakwa juga tiba lewat kira-kira sejam menyebabkan kematian orang yang memerlukan bantuan kerana salah komunikasi antara orang awam dan agensi berkaitan di sini dan MERS999 di semenanjung.
Mereka bersetuju bahawa semua ini boleh dielakkan jika Sabah dibenarkan mengendalikan pusat panggilan kecemasannya sendiri – seperti Sarawak – seperti yang berlaku sehingga kira-kira 10 tahun lalu.
