Masyarakat digalak beri idea, jayakan draf rancangan Ampang Jaya 2035

29 May 2022 • 10:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan pameran bagi menggalakkan penyertaan orang awam dalam penyediaan draf rancangan tempatan 2035.

Ketua bahagian perhubungan awam dan sekretariat berkata pameran program publisiti dan penyertaan awam draf rancangan rancangan MPAJ 20135 (penggantian) berlangsung esok sehingga 29 Jun di enam lokasi.

“Penyertaan awam merupakan proses penting untuk memastikan rancangan tempatan kelak berupaya memenuhi hasrat, pandangan dan keperluan masyarakat.

“Orang awam dan pihak berkepentingan dijemput hadir bagi membuat pemeriksaan laporan draf,” kata Norhayati Ahmad dalam kenyataan.

Beliau turut mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun bantahan berhubung cadangan penggantian dinyatakan.

“Segala maklum balas juga boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi MPAJ www.mpaj.gov.my,” katanya.

Lokasi dan tarikh pameran seperti berikut:

  • Lobi, Menara MPAJ, Pandan Indah (30 Mei hingga 29 Jun)
  • Lotus’s Ampang (1 hingga 3 Jun dan 27 hingga 29 Jun)
  • Ampang Point Shopping Centre (7 hingga 10 Jun)
  • Melawati Mall (13 hingga 17 Jun)
  • Aeon Big Ampang (20 hingga 24 Jun)
  • PLAN Malaysia @ Selangor, Shah Alam (30 Mei hingga 29 Jun)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved