“Selalu makanan & air je”- Ramai Puji Idea Inovatif Jenama Siti Khadijah Jual Telekung Dalam ‘Vending Machine’

Entertainment
1 May 2022 • 9:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa je yang tak kenal dengan jenama telekung Siti Khadijah kan?Telekung solat ni memang sinonim dengan kaum wanita dan ia sering dibeli untuk dijadikan hantaran atau hadiah kepada ibu.

Kali ini, inovasi terbaru daripada jenama Siti Khadijah telah mencuri perhatian ramai netizen di mana mereka mula menjual telekung di dalam vending machine atau juga dikenali sebagai mesin gedegang untuk memudahkan orang ramai solat.

Dalam satu perkongsian menerusi Instagram Siti Khadijah semalam, difahamkan mesin telekung tersebut telah diletakkan di kawasan Rehat & Rawat Seremban.

Cara nak guna mesin gedegang telekung ini pun mudah sahaja, sebab boleh bayar menggunakan eWallet.

image is not available

 

Dapat dilihat menerusi perkongsian Instagram Story Siti Khadijah juga, nampaknya dah ada pembeli pertama sejurus sahaja selepas mesin itu siap dipasang di kawasan berkenaan.

image is not available

Dalam satu perkongsian lain oleh Padzilah Enda Sulaiman iaitu pengasas telekung Siti Khadijah menerusi Facebook, syarikat mereka mahu memudahkan kaum wanita untuk solat kalau-kalau terlupa bawa telekung ketika dalam perjalanan jauh.

Lebuhraya padat namun jangan lupa solat.Pantun dua kerat Terlupa bawa telekung dalam kereta atau susah nak ambil beg…

Posted by Padzilah Enda Sulaiman on Friday, April 29, 2022

Selain itu, mesin itu juga bakal memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli hadiah kepada yang tersayang di kampung. Selain telekung, sejadah, kopiah dan beg telekung juga dijual dalam vending machine itu.

Kawasan dorang letak mesin ni pun sangat strategik sebab letak di lorong untuk ke surau R&R.

Rata-rata netizen dan pelanggan setia jenama tersebut memuji inovasi syarikat itu.

Ada yang kata mereka tak pernah terfikir pun pakaian solat macam ni boleh dijual dalam mesin layan diri atau vending machine sebab selalunya orang jual makanan, minuman atau barang mekap kan.

Ha, mana-mana korang yang balik raya dan lalu kawasan R&R ni, boleh la berhenti kejap dan beli hadiah telekung untuk mak di kampung.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.