“Train to bosan” – Netizen Risau Lepas LRT Rosak 3 Kali Dalam Sebulan Sampai Ramai Terkandas Lama

Entertainment
25 May 2022 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penggunaan pengangkutan awam sememangnya memudahkan orang ramai untuk ke destinasi yang mereka ingin pergi. Kebiasaannya, pekerja-pekerja di ibu negara merupakan pengguna public transport paling ramai.

Walau bagaimanapun, masalah teknikal melibatkan pengangkutan awam terutamanya Light-rail Transit (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) dan Keretapi Bersepadu Malaysia (KTM) tak dapat dielakkan dan akan menyebabkan ramai yang terkandas.

Macam ramai yang sedia maklum, semalam (24 Mei) ramai yang terpaksa turun dari tren LRT laluan Kelana Jaya kerana difahamkan bekalan elektrik terputus bermula pada jam 8:45 pagi.

“Dah kerap sangat ni”

Insiden yang berlaku ini telah menjadikan ia kejadian yang ketiga dalam masa sebulan sehingga orang ramai terpaksa tunggu lama di platform tren LRT untuk mengurangkan bilangan penumpang lain.

Perkara ini merisaukan orang ramai kerana isu tren rosak sebanyak tiga kali dalam sebulan bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan dan perlu diselesaikan dengan segera.

“Hari hari problem je. Nak drive, jam je memanjang. Stres pulak duduk KL ni huhu” – Komen netizen

Sebabkan itu juga, orang ramai memberikan pendapat dengan menggesa pihak berkuasa untuk melakukan penyelenggaraan lebih kerap memandangkan ianya boleh membantu mengurangkan masalah teknikal di masa akan datang.

image is not available

Tak kurang juga yang mengharapkan supaya isu ini tidak akan lagi berulang lagi kerana kejadiannya ini melibatkan sebahagian besar orang awam di negara kita.

Tulah, min pun jadi takut nak balik naik LRT hari-hari macam ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.