[VIDEO] Pak Cik Tua Dibelasah Lelaki ‘Hilang Waras’ Selepas Terlibat Dalam Kemalangan

Entertainment
22 May 2022 • 5:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video yang memperlihatkan satu kemalangan di Padang Jawa, Shah Alam. Rakaman tersebut diambil oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd Faizal Wahid.

Dalam video tersebut, terlihat seorang lelaki muda yang memakai helmet sedang membelasah seorang lelaki tua di atas jalan raya.

Lelaki tua tersebut dilihat terbaring di atas jalan, sambil dipukul bertubi-tubi oleh pemuda tersebut. Difahamkan, pergaduhan tersebut berlaku selepas berlaku kemalangan jalan raya di antara kedua-dua lelaki tersebut.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, keganasan yang dilakukan oleh pemuda yang memakai helmet itu ternyata kurang disenangi oleh ramai pihak.

Menurut Mohd Faizal, perkara seperti ini boleh dibawa bincang kerana sebarang pegaduhan fizikal yang berlaku boleh melibatkan penglibatan pihak berwajib.

“Kau orang luar kalau eksiden macam mana pon jangan la kau belasah orang tua ni dah tentu orang padang jawa”

“Bangang tu simpan sikit la kan tak pasal pasal ko kena angkut ke balai.. kalau bapak aku ko buat macam ni memang ko manusia tak guna”

“Kat Malaysia ni kalau sesiapa pon pukul orang comfirm cerita balai punya”, tulis Mohd Faizal.

image is not available

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet kurang bersetuju dengan tindakan lelaki yang memakai helmet itu meskipun dia berada di pihak yang betul.

“Adab hormat orang tua terus hilang. Bukan lawan dia boleh la buat macam tu”, komen seorang warganet berkenaan kejadia tersebut.

Sehingga kini, masih lagi tiada perkembangan lanjut berkenaan kejadian tersebut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.