Piala FA: Kuching City lepasi ranjau Perlis United

Football
18 May 2022 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KELAB Liga Premier, Kuching City melangkah ke suku akhir saingan Piala FA selepas menewaskan Perlis United FC 3-0 di Stadium Tuanku Syed Putra pada Selasa.

Perlawanan malam ini menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan, namun setiap percubaan dilakukan gagal menepati sasaran.

Kelab Kepulauan Borneo itu berjaya membuka jaringan pada minit ke-15 hasil sepakan penalti pemain berasal dari Liberia Abu Kamara.

Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim, kemudiannya menambah duka Perlis United menerusi jaringan pemain tengah Amir Amri Salleh pada minit ke-32 hasil, hantaran silang Mohamad Alif Hassan.

Kuching City kemudian memastikan kemenangan mutlak pasukan itu menerusi jaringan pemain import Aylton Ferreira Ananias, pada minit ke-56 dari dalam kotak penalti untuk kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan itu Kuching City menyertai lima lagi pasukan lain iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), Sri Pahang FC, Penang FC, Melaka United dan Sabah yang telah layak melangkah ke suku akhir Piala FA 2022.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved