Aksesori basikal ini sembunyikan AirTag di tempat yang sukar untuk ditemukan

Design
17 May 2022 • 7:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple AirTag adalah gajet yang memancarkan maklumat lokasinya kepada ekosistem Apple. Ia banyak digunakan untuk mengelakkan kehilangan objek penting seperti kunci, beg, dan macam-macam lagi. Kegunaannya terhad kepada kekreatifan anda sahaja dan ini satu lagi kegunaan yang agak menarik untuk yang hobinya menunggang basikal.

image is not available

Pengeluar produk berjenama Muc-Off hadir dengan Tubeless Tag Holder. Ia menawarkan solusi untuk anda menyembunyikan AirTag di bahagian yang susah untuk dijumpai. Ia dipasang di bahagian dalam tayar yang tentunya memerlukan kepandaian dan sedikit alat sekiranya ada pencuri yang ingin membasmi AirTag daripada basikal yang dicurinya.

image is not available

Konsep yang digunakan Tubeless Tag Holder adalah sama seperti sistem pemantauan tekanan angin (TPM) iaitu pemasangan pada injap angin. Walau bagaimanapun, tidak semua tayar basikal disokongnya. Saiz fizikal AirTag menyebabkan Muc-Off menyarankan tayar sekurang-kurangnya selebar 38mm.

image is not available

Dalam pasaran A.S sana, Stealth Tubeless Tag Holder dijual pada harga uSD19.99 (~RM88).