Seorang Wanita Terkejut Apabila Mendapati Seorang Lelaki Menyorok Dalam Almari Ketika 'Check In' Hotel!

Entertainment
9 May 2022 • 5:34 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Antara peringatan yang sering diberikan khususnya buat para wanita adalah supaya sentiasa berhati-hati dan alert dengan keadaan sekililing. Terutama bila kita berada jauh dari keluarga lebih-lebih lagi time travel. Nak menginap di satu tempat pun kena pastikan tiada kamera tersembunyi di dalam bilik.

Namun, viral baru-baru ini apabila klip video yang dikongsikan di Tiktok nyata mengejutkan ramai orang. Klip video tersebut memaparkan seorang lelaki misteri yang menyorok dalam almari bilik hotel seorang wanita.

Menerusi video berkenaan, seorang wanita dan keluarganya dilihat sedang check-in di sebuah hotel dan masuk ke bilik mereka.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila wanita itu menjumpai seorang lelaki yang tidak dikenali di almari mereka. Wanita itu sangat terkejut dan terus merakam kejadian itu untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Alasan lelaki itu mengatakan bahawa dia ditipu dan discam oleh seseorang sehingga dirinya masuk ke bilik itu. Kes ini masih disiasat oleh pihak polis. Macam-macam perangai pelik la orang sekarang. Moga kita dijauhkan dari sebarang ancaman dan perkara tak diingini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved