Wanita Dicabul Dalam Bas Ketika Perjalanan Dari Kelantan Ke Melaka

9 May 2022 • 3:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Musim perayaan ini ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung halaman, ramai yang berpendapat menaiki bas lebih mudah kerana anda tidak perlu memandu dan boleh berehat.

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila seorang wanita disyaki dicabul oleh pemandu bas ketika dalam perjalanan ke Melaka dari Kelantan.

Dalam laporan Kosmo!, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata sejurus menerima laporan itu, pihaknya digerakkan ke terminal untuk menunggu ketibaan bas tersebut.

“Mangsa dicabul ketika bas itu berhenti di Ajil, Terengganu pada pukul 4 pagi. Ketika kejadian wanita itu sedang tidur sebelum terjaga selepas badannya disentuh,” katanya.

Difahamkan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah pada pukul 12 tengah hari semalam, kes kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.

image is not available

Hari ini, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud memberitahu, pemandu bas berusia 27 tahun itu telah ditahan reman dan perintah itu dibenarkan Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Hairul Azhar Mohamad.

“Sebelum ini, suspek yang merupakan bapa kepada dua anak dibawa dari Melaka sebaik ditahan (di Melaka Sentral) semalam.

Dia disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Sentiasa jaga keselamatan ya ladies!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.