Kes Buli: Exco Serah Lima Nama ‘Doktor Paling Toksik’ Di Penang Kepada KJ

11 May 2022 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini agak kecoh tentang kes buli di kalangan doktor senior dan doktor pelatih yang dikatakan telah berlaku sejak dulu lagi.

Isu ini mula dinaikkan apabila seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang telah ditemui mati kerana dipercayai terjatuh dari apartment rumah sewanya selepas baru mula bekerja di sana pada 4 April lalu.

Sejak itu, beberapa doktor di media sosial mula bercakap mengenai gejala buli yang dikatakan berlaku di dalam sistem kesihatan negara lebih-lebih lagi melibatkan doktor pelatih, lapor NST.

Hantar lima nama doktor pembuli?

Ekoran ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin telah pun menyerahkan lima nama doktor yang dipercayai pembuli di Hospital Pulalu Pinang kepada Kementerian Kesihatan.

image is not available

Saya dah hantar lima nama doktor yang dipercayai pembuli dan jabatan mereka kepada menteri untuk diperiksa dan YB KJ telah pun membalas mengenai maklumat tersebut.”

Norlela berkata, lima nama yang diberikan itu adalah antara yang paling toksik dan doktor yang lain mungkin tidak seteruk mereka.

Bagaimanapun, nama-nama ini diberikan bukanlah disebabkan oleh kes kematian doktor pelatih tersebut kerana kes tersebut masih dalam siasatan.

image is not available

Saya hantar lima nama ini selepas saya baca exco kesihatan negeri lain turut berikan nama kepada Menteri Kesihatan.”

Untuk pengetahuan korang, kes kematian yang melibatkan doktor pelatih ini adalah kematian kedua yang dilaporkan berkait dengan Hospital Pulau Penang sejak kurang dari dua tahun.

Pada 6 Mei lalu, Khairy menerusi Twitter peribadinya mengatakan pihaknya telah pun menyediakan pasukan petugas untuk menyiasat dakwaan berhubung gejala buli dan kematian doktor pelatih tersebut.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.