Gara-Gara Berang Tak Dapat Kesan Teman Lelaki, Wanita Bakar Rumah BFF Kekasihnya

30 May 2022 • 1:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
wanita bakar rumah rakan selepas berang tak jumpa teman lelaki

Seorang wanita di Thailand didakwa telah membakar rumah rakan teman lelakinya selepas berang akibat tidak dapat menemui lelaki terbabit.

Dalam insiden yang berlaku pada 27 Mei kira-kira jam 12.30 pagi itu, anggota polis dan bomba telah menerima laporan mengenai sebuah rumah yang terbakar di daerah kecil Ning Prue, Bang Lamung, Chonburi, Thailand, lapor The Pattaya News.

Berjaya selamatkan diri dalam keadaaan api marak

Polis yang kemudiannya tiba mendapati penduduk rumah kayu itu telah berjaya menyelamatkan diri daripada api yang marak dengan cepat.

Meskipun api dapat dipadamkan, kebanyakan harta benda telah musnah dijilat api.

Pemilik rumah berkenaan, Parichat Yongpa yang berusia 33 tahun memaklumkan dia berada dalam keadaan panik kerana ketika insiden dia bersama dua anak perempuannya sedang tidur. Kemudian seorang wanita dengan secara tiba-tiba telah masuk ke rumahnya dengan sebotol petrol dan memanggil teman lelakinya.

Mungkin terlalu kecewa sampai nekad bakar rumah

image is not available
Foto: The Pattaya News

Menurutnya, teman lelaki wanita berkenaan sering berkunjung ke rumahnya namun tidak ada di kediaman itu pada hari kejadian.

Mungkin kerana kecewa, wanita itu kemudian nekad membakar rumah berkenaan.

Dia kemudian melarikan diri dari rumah serta meninggalkan mangsa bersama anak perempuannya yang bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis sedang siasat punca kebakaran dan mengesan wanita berkenaan

Setakat ini, polis sedang menyiasat punca kebakaran serta mengesan wanita tersebut untuk mengemukakan pertuduhan.

Walau bagaimanapun, nama teman lelaki tersebut dirahsiakan sebagai sebahagian daripada siasatan.