TSMC Dijangka Akan Meningkatkan Harga Perkhidmatan Pengilangan Cip Pemprosesan Mereka Pada Tahun 2023

TechnologyDigital
12 May 2022 • 12:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dunia bakal melihat peningkatan harga barang-barangan secara pukal, khususnya peranti-peranti yang hadir dengan komponen-komponen elektronik.

TSMC, syarikat pengeluar cip semikonduktor paling terkemuka di dunia baru-baru ini telah mengesahkan bahawa mereka telah mula memberi notis kepada syarikat-syarikat teknologi dunia bahawa mereka akan meningkatkan harga perkhidmatan mereka sekitar 5-8 peratus pada tahun hadapan.

Peningkatan harga ini dilihat tidak begitu mengejutkan kerana beberapa sebab. Pertama ialah seperti yang sedia maklum, harga bahan mentah seperti silika dan sebagainya masih lagi memperlihatkan peningkatan harga, dan kedua pula ialah TSMC kini sedang mengembangkan kilang-kilang mereka ke lokasi seperti Eropah dan sebagainya untuk mengurangkan isu bekalan komponen yang masih lagi sedikit sebanyak sedang membelenggu pasaran dunia.

Walaupun begitu, TSMC turut mengatakan bahawa peningkatan harga ini hanya akan memberi kesan kepada nod-nod pembuatan cip pemprosesan tertentu, berkemungkinan besar nod 7nm dan juga nod 5nm yang paling banyak dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat seperti AMD, Apple dan Qualcomm buat masa ini.

Peningkatan harga ini juga dilihat tidak begitu mendadak berbanding dengan apa yang berlaku pada tahun lepas dimana TSMC meningkatkan harga perkhidmatan mereka sebanyak 20 peratus, tatkala permintaan untuk perkhidmatan mereka dilihat melangkaui apa yang mereka boleh tawarkan pada waktu tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved