Piala Asia 2022: Speedy Tigers seri dengan Korea Selatan

28 May 2022 • 7:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PASUKAN hoki lelaki kebangsaan berjaya mengikat pasukan Korea Selatan dengan keputusan seri 2-2 dalam saingan pembukaan ‘Super 4’ pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia, pada Sabtu.

Mohamad Ashran Hamsani muncul wira penyelamat buat skuad "Speedy Tigers” apabila menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua, sekali gus menyekat hajat Korea Selatan yang mahu membalas dendam susulan kekalahan tipis 4-5 kepada pasukan negara dalam aksi Kumpulan B, Selasa lepas.

Perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno itu menyaksikan Malaysia, yang turun selaku juara Kumpulan B, terlebih dahulu di depan menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh tonggak pertahanan, Muhammad Razie Abd Rahim, yang juga gol kesembilan peribadi dalam kempen kali ini, pada minit ketiga.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Lee Namyong menjaringkan gol penyamaan buat Korea Selatan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12, sebelum giliran pasukan lawan pula mendahului hasil daripada jaringan padang oleh Jeong Junwoo pada minit ke-21.

Tersentak dengan kedudukan itu, anak buah A Arul Selvaraj yang terus mengasak kubu Korea Selatan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas Mohamad Ashran bijak mencuri peluang kealpaan benteng pertahanan lawan menerusi jaringan padang pada minit ke-40. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved