Tukang masak melecur, rakan cedera dapur hotel terbakar

7 May 2022 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Nuzul dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk mendapatkan rawatan manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai David hanya cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.

"Menurut laporan, kebakaran dapur akibat daripada kebocoran gas memasak dan api berjaya dipadamkan pekerja hotel berkenaan sebelum pasukan bomba tiba.

"Injap gas turut berjaya ditutup oleh pekerja hotel itu sendiri namun terdapat dua mangsa dilaporkan cedera. Seorang mangsa dihantar ke hospital oleh ambulans dan seorang lagi hanya cedera ringan namun tidak mahu dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, pasukan bomba di lokasi kejadian hanya melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.37 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved