
Kota Kinabalu: AirAsia Filipina menyambung semula penerbangan terus Kota Kinabalu-Manila dua kali seminggu bermula Jumaat lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ricky Isla berkata penyambungan semula penerbangan dari Filipina ke destinasi utama Asean bermula dengan Kota
Kinabalu menandakan pemulihan, terutamanya dalam pasaran antarabangsa.
Ia juga dijangka menyaksikan peningkatan dalam muatan penumpang pada minggu dan bulan akan datang, katanya.


