
Bila masuk bab makanan ini, tidak dinafikan Malaysia antara negara yang dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai kaum yang berbeza. Paling penting, semua pun sedap-sedap belaka!
Sebuah sajian yang sinonim dengan kaum Jawa di Malaysia adalah lontong dan ia antara makanan yang menjadi kegemaran ramai tetapi ramai yang sudah salah anggap dan tidak tahu yang sebenarnya lontong dan lodeh adalah dua sajian yang berbeza.
@zackkirana27 LONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka? Saya nak!!! #fyp #fypシ #cikguzackkirana #cikgubm #raya2022
Menurut Zack Kirana atau lebih dikenali sebagai Cikgu BM TikTok, lontong adalah sajian istimewa yang terkenal di Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.

Manakala lodeh pula merupakan hidangan sayur dengan kuah santan yang berasal dari Indonesia dan juga agak sinonim dengan rakyat Malaysia. Sayur lodeh mempunyai pelbagai variasi terutamanya dalam rempah ratus, ada yang bersantan putih dan ada yang bersantan kuning kemerah-merahan.

“Tersalah order lah selama ni…”
Video berdurasi 39 saat itu menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata baru tahu mengenai perbezaan kedua-dua sajian tersebut.

Lepas ni kalau nak order, lontong dengan kuah lodeh ok?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



