
Bagi yang tak tahu, acara Sukan SEA ke-31 kini sedang berlangsung, di Hanoi, Vietnam yang mana ia akan diadakan sehingga 23 Mei ini. Berikut disenaraikan kontingen dari Malaysia yang telah meraih pingat emas setakat ini.
1. Nor Dhabitah Sabri, 1M Papan Anjal Wanita
2. Ooi Tze Liang & Chew Yi Wei, 3M papan Anjal Seirama Lelaki
3. Ooi Tze Liang, 1M Papan Anjal Lelaki
4. Ng Yan Yee & Ong Ker Yin
5. Wendy Ng Yan Yee, 3M Papan Anjal Wanita
6. Jellson Jabillin & Hanis Nazirul, 10M Platfirm Seirama Lelaki
7. Taqiyuddin Hamid & Sazzlan Yuga, Pencak Silat: Ganda Lelaki
Nur Dhabitah merupakan atlet pertama yang telah merangkul pingat emas diikuti dengan atlet-atlet yang lain ini.
Dalam pada itu, atlet-atlet lain seperti Rhodict Anak Lises, Ong ker Ying, Nor Hamizah & Nur Syazreen dan Luqman Bioin Laji telah merangkul pingat perak dan gangsa.
Terkini, Berita Harian melaporkan bahawa tinjauan mendapati lokasi pertandingan mula menerima kehadiran penonton yang ramai bagi memberikan sokongan padu kepada barisan atlet yang beraksi.
Baca : “That’s very Malaysian” – [Video] ‘Footage’ Pandalela Dikatakan Tersebut B*bi Buat Ramai Terhibur
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

