Jakim kemas kini Takwim 2022 Miladiah/1443-1444h

14 May 2022 • 12:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H Bagi Malaysia yang boleh didapati di laman web https://www.e-solat.gov.my/.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman dalam kenyataan pada Sabtu berkata, takwim itu dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.

Beliau berkata, perubahan itu hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H.

"Semoga takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved