Guru Taska Dera Budak 4 Tahun, Tarik Telinga Sampai Lebam Dan Tekap Bantal Pada Muka

11 May 2022 • 5:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
menyamar polis

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita yang juga merupakan guru taska mendera kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun. 

Menurut laporan Berita Harian, tular satu video di media sosial menunjukkan suspek yang berusia 24 tahun itu melakukan perkara tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Walaubagaimanapun, dia telahpun ditahan malam tadi di tepi Jalan Putih, Skudai, Johor dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid.

Kanak-kanak itu yang juga seorang hiperaktif dan masalah lambat bercakap ditempatkan ibu bapanya di taska berkenaan yang juga pusat jagaan untuk kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas.

Dari hasil rakaman CCTV di Taska berkenaan, kelihatan yang suspek telah menarik telinga dan menekap bantal ke muka mangsa. Kejam betul!

Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami lebam atas telinga kanan dipercayai didera suspek.

Semoga si pelaku dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya itu. Kesian dekat kanak-kanak yang tak bersalah.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.