“Tak Nak Nego?” – Jejaka Tawar RM20K Pinang Anak, Bakal Bapa Mertua Kata Tinggi Sangat

25 May 2022 • 1:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Kaiser Fariz yang berkonsi pengalaman semasa anak perempuannya dipinang seorang jejaka.

Menerusi ciapan tersebut, Fariz menceritakan perbincangan bersama bakal menantu soal hantaran yang akan diberikan.

Difahamkan, jejaka itu telah menawarkan wang hantaran bernilai RM20 ribu, namun jawapan yang diberikan Fariz telah mengejutkan bakal menantunya serta orang ramai.

image is not available

Awak tak rasa tinggi sangat ke? Taknak nego? rendahkan la lagi sebab lepas kawin banyak duit nak pakai untuk rumah.

Jelas Fariz kepada bakal menantunya, mereka akan lebih memerlukan wang yang banyak bagi mengharungi kehidupan selepas berkahwin jadi tidak perlu wang hantaran yang tinggi.

Selepas beberapa kali berbincang, Fariz dan bakal menantunya akhirnya bersetuju dengan nilai wang hantaran berjumlah RM15 ribu.

Kalau masa tu dia nak nego, saya masih terima sebab yang penting bersyukur jodoh anak dah sampai dan ada yang sanggup terima anak seadanya.

Menjengan di ruangan balas, rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan Fariz dan memujinya kerana menjadi bakal bapa mertua yang sangat memahami dan prihatin terhadap bakal menantu.

Uncle sempoi, tak ramai yang berfikiran terbuka macam uncle, untung menantu. – Netizen.

Saya puji tindakan tuan. Memang inilah pendekatan yang betul. Kos sebenar nak berkahwin bukan kos majlis kahwin tu, tetapi yang lebih penting dan besar adalah kos selepas majlis perkahwinan,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

Tak Datang Majlis Kahwin Sendiri, Pengantin Lelaki Mogok Motorsikal Dijual Untuk ‘Cover’ Kos Kenduri