Ibu Bapa Leka Main ‘Phone’ Tak Perasan Anak Hampir Lemas, Kanak-Kanak 11 Tahun Tolong Selamatkan

Family & Parenting
11 May 2022 • 5:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dr. Muiz Murad yang menceritakan pengalaman anaknya, Ali yang telah menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas.

Menerusi bebenang ciapan tersebut, Dr. Muiz telah menceritakan bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut dipercayai sedang leka bermain dengan telefon bimbit sehingga terlupa untuk mengawasi anak kecil mereka.

Tindakan pantas Ali yang baru berusia 11 tahun itu yang menyedari perkara tersebut telah menjadi hero dan menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut.

image is not available

Anak saya hero. Ali baru saja menyelamatkan anak kecil daripada lemas di kolam. Bangga sangat dengan dia.

Menurut Muiz, kanak-kanak itu telah tergelincir daripada pelampungnya lalu terjatuh ke dalam air dan tercungap-cungap menangis setelah diselamatkan.

Dalam pada itu, Muiz turut menitip pesanan buat ibu bapa di luar sana agar sentiasa memberi perhatian dan memantau anak mereka semasa berada di kolam renang.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut bangga dan memuji tindakan Ali yang berani dan berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut.

Syabas. Malangnya, ramai ibu bapa masih tidak berjaga-jaga sepenuhnya apabila anak-anak mereka berada di kolam renang. – Netizen.

Tahniah, anda hero di semua jiwa masyarakat amnya dan jiwa mak ayah khususnya. Teruslah subur mewangi di setiap sudut sanubari jiwa selepas ini,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

(VIDEO) "Dah Sampai Perak Baru Perasan.." - Seronok Nak Balik Kampung, Satu Keluarga Lupa Tutup Api Dapur