[VIDEO] Netizen Puji Tindakan Pejalan Kaki Cuba ‘Hempuk’ Penunggang Motosikal Langgar Lampu Merah

Entertainment
18 May 2022 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara benda paling menyampah yang berlaku di atas jalan raya adalah bila kita nampak pemandu kereta atau penunggang motosikal langgar lampu merah. Sebab ni jugaklah banyak berlakunya kemalangan.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang penunggang motosikal telah melanggar lampu merah di garisan pejalan kaki. Dipercayai, kejadian ini berlaku di Farlim, Pulau Pinang.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang uncle yang cuba melintas telah dihalang oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab itu. Ekoran ini, pejalan kaki tersebut telah menghayunkan plastik beg yang dipegangnya ke arah penunggang tersebut. Nasib baik tak kena…

Kalau korang tengok video ni, korang dapat lihat penunggang tersebut berjaya mengelak dari dipukul dengan menundukkan kepalanya sebelum berlalu pergi. Siapa yang tak bengang kan?

@penang_kini

sila berhenti dan beri laluan kepada pejalan kaki ketika lampu isyarat merah. Kan dh kena.. image is not available Area ayer itam, Penang #penangkiniviral #penangkini

♬ original sound – Mary Jo

“Tak berani nak balas sebab tahu salah sendiri”

Ekoran tindakannya, rata-rata netizen yang melihat video ini telah memuji cara uncle tersebut dan mengakui orang seperti itu memang patut kena hempuk.

image is not available

Ha langgar lagi lampu isyarat. Kalau betul-betul kena hempuk, terjatuh jadi satu hal lagi…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.