Teruk Dikecam, Kedai Patung Teletubbies Mohon Maaf & Pulangkan Duit Ganti Rugi

26 May 2022 • 12:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa foto kejadian di sebuah kedai mainan di Hong Kong yang memperlihatkan seorang budak lelaki menjatuhkan sebuah patung Teletubbies berharga HK$52,800 (RM29,800) yang dipamerkan di kedai tersebut.

Insiden tersebut menyebabkan ibu bapanya terpaksa mengeluarkan wang sebanyak HK$33,600 (RM18,900) sebagai ganti rugi di atas kerosakan yang dilakukan oleh anak mereka.

image is not available

Walaupun pahit untuk ditelan, mereka terpaksa akur selepas seorang pekerja mendakwa anak mereka telah menendang dan menolak patung berkenaan sehingga ia pecah.

Keadaaan bagaimanapun mula berbeza apabila video kejadian mula tular di media sosial. Menerusi video tersebut kanak-kanak itu hanya dilihat tersandar sebelum patung berkenaan terjatuh.

Ia menyebabkan ayahnya, Cheng Pok-man mula merasakan anaknya telah dijadikan kambing hitam untuk isu tersebut.

Perkara sama turut dirasakan ramai netizen sehingga mereka mula mengecam dan menuduh kedai tersebut hanya cuba menipu keluarga ini. Bahkan mereka turut mempersoalkan kenapa patung tersebut tidak tertutup atau dilindungi dengan baik walhal harganya begitu mahal.

Dedah patung sudah berada di tempat sama sejak 2021

Kedai tersebut pada Isnin (21 Mei) kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan di Facebook mendakwa isu berkenaan telah diselesaikan. Mereka turut membalas persoalan orang ramai dengan memaklumkan patung berkenaan sudah berada di tempat yang sama sejak November 2021, malah ia tidak pernah memberi sebarang kesulitan kepada pelanggan.

image is not available

Kenyataan yang dikeluarkan itu ternyata tidak disenangi oleh netizen menyebabkan kedai tersebut sekali lagi dikecam sehinggalah mereka bertindak memadamkannya di media sosial.

Akhirnya kedai mohon maaf

Akhirnya pada Selasa, 24 Mei syarikat induk kedai mainan itu pula tampil mengeluarkan satu kenyataan.

Namun ‘nada’ kali ini dilihat lebih ‘mendatar’ apabila mereka membuat permohonan maaf kepada keluarga tersebut.

Selain itu, pihak syarikat turut memaklumkan akan memulangkan semula duit ganti rugi yang diterima dari ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Janji akan menambah baik kedai

Pihak syarikat dalam masa sama turut berjanji akan melakukan penambahbaikan bagi mengelakkan insiden serupa berulang lagi.

“Kami juga akan mengambil pengajaran daripada insiden ini bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa daripada berulang,”