SkyPark Link dilancar kembali dengan tambang 65% lebih rendah bagi laluan KL Sentral ke LTSAAS Subang

9 Jun 2022 • 4:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan perkhidmatan SkyPark Link, iaitu laluan keretapi antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang. Perkhidmatan ini sebenarnya telah beroperasi sejak 1 Mei 2018 sebelum digantung sementara sewaktu PKP dan telah kembali memulakan perkhidmatan pada Oktober 2021.

image is not available

Pelancaran SkyPark Link telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. Dalam perasmian ini, Wee turut mengumumkan kadar tambang perkhidmatan Skypark Link yang baru, diselaraskan dengan tambang perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang.

Bagi meringkan beban kos pengangkutan, kerajaan telah bersetuju mengurangkan harga tambang SkyPark Link sebanyak 65% dari RM10 kepada RM3.50 sahaja. Diskaun konsesi sebanyak 50% bagi golongan yang layak masih lagi terpakai ke atas kadar baharu ini.

image is not available

Kekerapan tren dipertingkat

Pengguna juga boleh menjangkakan perkhidmatan SkyPark Link yang lebih lancar kerana KTMB telah meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren dari 25 kepada 32 sehari.

image is not available

KTMB mensasarkan 3,000 orang penumpang sehari yang akan menggunakan perkhidmatan tren Skypark Link pada tahun 2023. Ia bakal memberi manfaat kepada golongan penuntut IPT, pekerja swasta, pelancong dan lain-lain yang berulang-alik dari KL Sentral ke Subang, serta memberi manfaat kepada penduduk-penduduk di sekitarnya.

Untuk maklumat dan jadual waktu terkini boleh rujuk di laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

[Sumber: Wee Ka Siong]