“Interval Lebih 1 Jam” – Tak Setuju Dengan Kenyataan CEO KTMB, Netizen Dedah Sebab Kenapa

1 Jun 2022 • 1:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Rani Hisham Samsudin telah mengeluarkan kenyataan yang telah menjadi perdebatan orang ramai di laman Twitter.

Menerusi hantaran tersebut, Mohd. Rani memaklumkan bahawa pengangkutan awam seperti tren komuter antara pengangkutan yang jika digunakan secara maksimum mampu membantu mengurangkan kesesakan jalan.

Malah, Mohd. Rani turut berkata sikap pengguna yang enggan menggunakan pengangkutan awam itu yang secara tidak langsung memberi kesan kepada rangkaian tren komuter KTMB yang sehingga kini kapasiti setiap tren yang beroperasi tidak penuh.

Namun, rata-rata pengguna pengangkutan awam tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan mendedahkan mengapa mereka enggan menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bukan itu sahaja, kekerapan tren juga kurang dan menyebabkan pengguna perlu menunggu selama 1 jam jika tertinggal tren.

Malah, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa jika hujan atau berlakunya banjir, operasi akan tergendala dan para pengguna perlu mencari alternatif lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

"Nampak Bapuk Terus Gelak" - Diejek Kerana Pergi Solat Di Surau, Lelaki Ini Luah Rasa Sedih