
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengakui peningkatan populasi anjing liar semasa pandemik dan berbelah bahagi antara menjaga hati pencinta haiwan dan mereka yang inginkan kedamaian dan kebersihan.
Mayor Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata pihaknya kini berusaha untuk meminda undang-undang kecil dan dasar sedia ada bagi memenuhi kepuasan kedua-dua belah pihak terutama di kawasan perumahan.


