Tular video di media sosial, seorang penunggang motosikal yang merupakan mat saleh telah mempersoalkan keadaan jalan raya di Malaysia yang banyak lubang.
Video tersebut telah dimuat naik di laman Twitter Eppy Fizul, menyaksikan seorang individu mengkritik mengenai jalan raya di Malaysia yang boleh membahayakan nyawa pengguna.
Macam tu jek pihak yg bertanggungjawab kena taruk dengan rider luar negara pasal x reti jaga jalanraya di Malaysia. pic.twitter.com/pdHDPaPn7A
Rider Mat Saleh itu telah membandingkan jalan raya di sebuah negara terpencil, iaitu Peru dan memberitahu jalan raya tersebut jauh lebih baik dari Malaysia.
Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.
Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik sedangkan tidak ramai orang datang ke sini.
Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang jalan raya segera dan selamatkan rakyat anda.
Netizen yang menonton video tersebut juga setuju dengan kenyataannya dan meluahkan rasa malu kerana orang luar juga bersuara mengenai keburukan jalan raya di Malaysia.
Jangan kata potholes, lampu jalan pun nak org awam report baru betulkan klau tak bergelap la takpun tunggu org tergolek dulu baru datang buat ramai.
Btw @mp_ampangjaya Lampu jalan utama Taman Kosas dari traffic light sekolah rendah/menengah sampai simpang 3 utama tu tak menyala https://t.co/6l0ll3Tp42
Kita tunggu @JKRMalaysia keluar kenyataan bertulis pasal isu ni sepertimana kenyataan isu kontrak RM519juta. Mereka lebih arif dalam setiap isu selenggara https://t.co/wNzPFeLRRo
— Sir Sazly #TkasihAbgAnwarIbrahim (@sirsazly) June 6, 2022
Harap pihak berkuasa ambil perhatian terhadap perkara ini dan segera membaik pulih jalan-jalan yang dah berlubang. Takkan nak tunggu orang luar complain baru nak buat kerja kan? Buat malu je.