“Puasnya hati” – [VIDEO] MPV Kena Sagat Sampai Hilang Warna Sebab ‘Parking Haram’ Di Mall

Entertainment
7 Jun 2022 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lalu kalau kita perasan banyak kawasan dekat ibu kota jadi sesak terutamanya tempat-tempat seperti pusat membeli belah.

Pasti ramai yang susah nak cari parking kan? Tapi ada segelintir kenderaan suka ambil jalan mudah dengan membuat parking haram dekat dalam kawasan parking atau di sisi jalan berhampiran dengan mall tu.

Tindakan yang tidak adil ini pasti membuatkan ramai pengunjung marah kerana telah mengganggu laluan pengguna jalan lain, sebab itu lah ramai netizen puas hati bila tengok video yang tengah viral ni.

 

“Puas hati tengok video ni”

Menerusi perkongsian Twitter ISU SEMASA VIRAL, video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan ada satu kenderaan jenis MPV parking di sisi jalan dan bas melalui jalan itu terpaksa redah kerana jalan itu dikatakan sempit.

Disebabkan itu, kelihatan MPV tersebut kena sagat yang sangat teruk sampaikan hilang cat warna kereta dan ada bahagian kenderaan mewah itu hancur.

Sumber melaporkan bahawa kejadian ini berlaku di Midvalley baru-baru ini, video tersebut dimuat naik pada 5 Jun lepas, bagaimanapun maklumat mengenai waktu kejadian masih belum dikenalpasti.

Video tersebut telah meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets dan menerusi sumber asal dari TikTok, video ini mempunyai lebih daripada 3,000 jumlah tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, selain berpuas hati melihat kejadian ini, ramai yang memuji keberanian pemandu bas dan mengecam pemilik MPV itu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

 

Walaubagaimanapun, pihak Rapid KL telah menjelaskan bahawa kejadian ini bukanlah angkara bas tersebut, kiranya waktu bas tersebut lalu, MPV itu memang dah kena sagat.

Apapun, kalau susah nak jumpa parking pun, kena lah bersabar sebab pengunjung lain pun alami perkara yang sama juga, kalau nak ikut jalan mudah macam ni, memang tinggi risiko dia, ni kita dah nampak depan mata sendiri.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.