Anda Kini Boleh Membeli Pemain Piring Hitam IKEA dan Swedish House Mafia

TechnologyDigital
11 Jun 2022 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

IKEA mula berjinak-jinak dengan kelengkapan audio selepas bekerjasama dengan Sonos beberapa tahun yang lalu dengan produk ini turut telah ditawarkan di Malaysia. Bermula dengan speaker kini IKEA memasuki arena pemain muzik pula selepas melancarkan pemain piring hitam OBEGRÄNSAD.

image is not available

Pemain piring hitam ini adalah salah satu daripada empat produk di bawah keluarga OBEGRÄNSAD yang direka dengan bantuan kumpulan muzik Swedish House Mafia. Terdapat juga kerusi, meja, dan talam untuk papan kekunci yang digunakan pada meja. Kesemua produk hanya ditawarkan dalam warna hitam.

Pemain piring hitam ini bole disambungkan kepada speaker ENEBY secara nirwayar atau kepada sistem audio menggunakan kabel analog. Sumber kuasa pula ialah menerusi port USB-C pada bahagian sisi.

image is not available

Kerjasama degan Swedish House Mafia akan menghasilkan 20 produk dengan ia dilancarkan secara berperingkat. Sebelum ini mereka melancarkan beg IKEA berwarna hitam khusus untuk membawa koleksi piring hitam. Harga jualan pemain piring hitam ini belum diumumkan lagi.