Zii Jia lepas halangan pertama di Indonesia Masters

9 Jun 2022 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BINTANG perseorangan lelaki tersohor negara, Lee Zii Jia menepati jangkaan awal apabila mudah lolos ke pusingan kedua kejuaraan badminton Indonesia Masters selepas menewaskan sensasi Thailand, Kantaphon Wangcharoen.

Pada aksi di Istora Gelora Bung Karno, Zii Jia yang tampil dengan status pemain nombor lima dunia mencatatkan kemenangan 21-16, 21-12 ke atas pemain ranking 22 tersebut dalam masa 38 minit.

Pemain berusia 24 tahun berstatus pilihan kelima kejuaraan itu yang mengekalkan rekod 14 kemenangan akan berdepan pemain Belanda, Mark Caljouw, bagi penentuan ke suku akhir pada Khamis.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia yang juga pilihan pertama, Viktor Axelsen dari Denmark turut mara selepas mudah mengatasi pemain tuan rumah, Shesar Hiren Rhustavito 21-14, 21-7 dalam masa 35 minit untuk berdepan pemain Taiwan, Wang Tzu Wei yang juga pemain ke-15 dunia.

Juara dua kali, Anthony Ginting (Indonesia), juara dunia, Loh Kean Yew (Singapura) dan bintang sensasi dari India, Lakhsya Sen turut mengikuti jejak langkah Zii Jia dan Axelsen kali ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved