“Pergi Blah Dengan Kau Punya Halal” – Wanita Curi Makan ‘Foodpanda’ Orang Lain Ketika Teman Ibu Di Hospital

7 Jun 2022 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang individu ada membuat pendedahan di Facebook mengenai seorang wanita penipu yang telah mencuri makanan kepunyaan individu lain yang dipesan menerusi servis penghantaran makanan Foodpanda.

Kejadian yang dipercayai berlaku di hospital Perak itu didakwa melibatkan seorang scammer wanita yang licik dengan mengaku sebagai pemesan makanan dan hanya menunggu pesanan makanan orang lain diserahkan kepadanya.

image is not available

Mangsa order makanan daripada Foodpanda. Apabila rider sampai hospital, scammer dah tunggu siap-siap dekat depan tempat delivery dan cubaan mengaku sebagai pemesan makanan yang mana bayaran sudah dibuat secara online.

Situasi itu kemudiannya membuat penghantar makanan berasa serba salah kerana pesanan makanan yang patutnya dihantar kepada orang sepatutnya telah diambil wanita itu.

image is not available

Difahamkan, pengawal keselamatan hospital tersebut telah berjaya mengesan wanita tersebut dan kelakuan scammer tersebut didakwa sangat kurang ajar dan tiada adab.

Siap makan makanan dengan muka tak bersalah. Dan perkataan amat kurang ajar, tak ada..sama naik pesakit dan penjaganya. Tak ada minta maaf.

Ayat terakhir dari scammer ‘pergi blah dengan kau punya halal’. Baki makanan ada empat bungkus lagi letak kat lantai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan wanita itu yang kurang ajar dan mencemarkan imej seorang wanita Islam dan bertudung.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) "Tau-Tau Sampai" - Lupa Nak 'Unlink' Kad Kredit , Ibu Terkejut Anak 'Order' Airpods Harga RM7++