“Pergi blah dengan kau punya halal” – Wanita Maki Hamun, Kantoi Curi Makanan Order Delivery

Entertainment
7 Jun 2022 • 6:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah lah mencuri, biadap pula tu, tular satu kisah apabila scammer wanita ini kantoi curi makanan orang yang dipesan secara delivery semasa di hospital.

 

Maki hamun lepas kantoi curi order Foodpanda orang

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital di Perak, modus operandinya adalah, si scammer ini akan tunggu awal-awal dekat tempat ambil pesanan sebelum individu sebenar (mangsa) sampai, dia akan cuba mengaku yang dia dah pesan makanan tersebut, dia mendakwa yang bayaran sudah di buat secara atas talian.

Dalam satu perkongsian ini daripada Facebook ini dijelaskan lagi, kejadian ini berlaku pada hari Ahad lalu, mangsa telah membuat pesanan menerusi Foodpanda bernilai lebih daripada RM 100!

“Apabila mangsa turun nak ambil makanan, rider dah blah. Mangsa hubungi rider dan maklumkan bahawa ada penerima dan mengaku sebagai orang yang membuat tempahan.”

image is not available

Disebabkan itu, mangsa cari satu hospital menerusi info dari penghantar dan akhirnya jumpa dalam wad.

Ketika ditemui amat memeranjatkan apabila pelaku sudah makan dan selamba menggunakan perkataan yang kurang ajar.

“Sama naik pesakit dan penjaganya. Tak ada minta maaf, ayat terakhir scammer pergi blah dengan kau punya halal’. Baki makanan ada 4 bungkus lagi letak kat lantai.”

Pengalaman yang dikongsikan di media sosial itu telah membuatkan ramai netizen jadi bengang dan naik angin. Ramai yang sakit hati apabila mengetahui tingkah laku pelaku itu.

image is not availableimage is not available

Haih, masalahnya baik penjaga, baik pesakit sama biadap, dah lah curi makanan orang, masuk darah daging tu. Harap kita dijauhkan dari perbuatan buruk ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.