Apple MacOS “Ventura” Memudahkan Lagi Pengurusan Dan Multi-Tugasan

TechnologyDigital
7 Jun 2022 • 3:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersama pengenalan pelbagai sistem operasi, turut menjadi fokus utama adalah sistem operasi macOS. Versi baharu macOS, iaitu macOS 13 akan dikenali dengan nama macOS Ventura, dan bakal hadir ke komputer Mac tidak lama lagi.

Menjadi fokus pada macOS Ventura ini adalah ciri-ciri pengurusan dan multi-tugasan padanya. Salah satu yang baharu adalah Stage Manager yang memudahkan pelbagai tetingkap yang dibuka pada sesuatu desktop. Ini memudahkan anda bertukar-tukar desktop dengan lebih efisien berbanding sebelum ini.

image is not available

Disamping itu, ciri Spotlight turut ditambah baik dalam memudahkan pencarian – termasuk carian teks dalam gambar.

Integrasi antara peranti juga ditambah-baik, termasuk membolehkan anda menjawab panggilan FaceTime melalui peranti lain – mahupun menggunakan iPhone sebagai kamera untuk Mac.

image is not available

Bersama-sama pengenalan macOS Ventura ini, Apple turut memberikan sejumlah kemaskini pada aplikasi mereka, pembaharuan pada Memoji, disamping sokongan kepada Metal 3.

macOS Ventura bakal ditawarkan sebagai kemaskini percuma kepada pengguna macOS sedia ada.

image is not available