[TERKINI] PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun Ini – Datuk Radzi Jidin

2 Jun 2022 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa tiada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini.

Menterinya, Datuk Radzi Jidin dalam sidang media khas hari ini berkata, ia telah dimansuhkan mulai tahun ini.

“Apakah akan ada PT3 untuk tahun 2022? Jawapannya pada 2022 PT3 dimansuhkan. Jadi, mulai tahun ini tidak ada PT3… ia dimansuhkan.”

Katanya lagi, sewaktu sebelum pandemik, PT3 dilaksanakan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan untuk murid-murid mereka dan peperiksaan dilaksanakan di bawah kawalan sekolah.

Untuk mengetahui prestasi murid, KPM akan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana ia adalah pendekatan baru dalam bentuk formatif dan sumatif.

Ujian akhir sesi akhir akademik dimantapkan bagi 5 mata pelajaran terpilih peringkat sekolah rendah dan semua mata pelajaran peringkat sekolah menengah

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.