(VIDEO) “Dah La Kalah..” – Tandas Stadium Bukit Jalil Dinaiki Air, Penyokong ‘Ultras Malaya’ Luah Rasa Kecewa

13 Jun 2022 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pasukan bola sepak Malaysia, skuad Harimau Malaya telah tewas 1-2 kepada pasukan Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tidak dinafikan, kekalahan itu telah mengecewakan ramai pihak terutama penyokong mereka iaitu Ultras Malaya kerana terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain.

Malah, bukan itu sahaja, mereka turut meluahkan rasa kecewa apabila melihat kemudahan asas seperti tandas awam di stadium rosak sehingga ‘banjir’ dilimpahi air.

image is not available

Sedih, dah la kalah, kena hadap air kumbahan pulak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memaklumkan bahawa selain tandas, fasiliti lain di stadium berkenaan turut rosak seperti padang bola yang bertakung dan masalah ketiadaan lampu.

Stadium utama negara macm ini parah sangat ini.. – Netizen.

Ada hikmah kalah semalam, baru nampak apa yang terjadi di stadium ni, tolong la perbaiki yang patut diperbaiki,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 jam lalu

(VIDEO)"Tak Sedar Diri Miskin"- 'Cop' Parkir Pakai Tong Sampah, Netizen Kecam Sikap Penghuni Flat