'Padang Ke Bendang?' Kualiti Stadium Nasional Bukit Jalil Jadi Persoalan

13 Jun 2022 • 11:43 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tindakan petugas Stadium Nasional Bukit Jalil menolak air bertakung menggunakan penyodok sampah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Petugas stadium berkenaan berbuat demikian sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain Sabtu lalu.

Selain itu, menjengah di ruangan komen, rata-ratanya menyuarakan pendapat agar struktur stadium berkenaan ditambah baik selain ada yang menyifatkan keadaan di stadium malam tadi memalukan.

“Dengan duit tiket yang banyak diperolehi harap dapat ubah struktur padang menjadi lebih baik,” kata Hyazbil.

“Malu dengan penonton dari luar negara tengok padang macam ini. Tapi nak buat macam mana, benda dah tular. Bukan tak ada jual alat khas untuk tolak air di padang, boleh rosak kalau tarik dengan penyodok macam itu” kata Saiful.

“Harap Kementerian Belia dan Sukan ambil berat mutu stadium Bukit Jalil, boleh rosak rumput kalau kaut dengan penyodok setiap kali air hujan bertakung” kata Zakariah.

Terdahulu, hujan lebat yang turun selama sejam pada malam tadi menyaksikan permukaan padang bertakung dan memerlukan masa untuk menunggu air surut.