
Kota Kinabalu: Semua ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) disaran memperkukuhkan barisan jika mahukan badan itu terus bergerak ke hadapan dalam memperkasakan bidang bahasa dan sastera di negeri ini, mahu pun di peringkat kebangsaan dan serantau.
Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani (gambar) berkata, ahli tidak ada pilihan, selain daripada menunjukkan nilai-nilai kebersamaan yang tinggi, seterusnya beriltizam, dan memperlihatkan komitmen yang baik, sekiranya hendak melihat badan itu terus aktif dan mampu bersaing di pelbagai peringkat.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada mesyuarat agung persatuan itu, yang dirasmikan oleh Ketua Satu Badan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan di Dewan Mini Rumah Bahasa, di sini, Sabtu.


