“Ghisau!” – [VIDEO] Lelaki Cuba Belajar Gelak Mickey Mouse Dari Khir Rahman, Tapi Yang Keluar Bunyi…

Entertainment
1 Jun 2022 • 2:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, peminat kartun Mickey Mouse di Malaysia telah dikejutkan bahawa pemilik suara karakter yang dialih ke bahasa Melayu ini sebenarnya adalah pelakon Khir Rahman.

Menerusi TikTok, Khir Rahman mengatakan yang ramai tak percaya bahawa karakter Mickey Mouse yang telah dialih suara itu adalah miliknya, dan pelakon tersebut turut belanja beberapa dialog dan gelak yang selalu kita dengar! Eh eh tetiba je suara jadi comel…

Percayalah tak kisahlah dalam clubhouse ke Mickey Mouse klasik ke apa ke, memang suara saya. Alright?”

“Macam lain woo”

Dalam video terbaru yang dimuat naik oleh Khir Rahman di TikTok peribadinya, dapat dilihat dia telah disapa oleh seorang pemuda yang memintanya untuk mengajar cara gelak Mickey Mouse.

Dalam video tersebut Khir mengatakan mudah je nak buat suara gelak kartun tersebut, hanya bernafas dan gunakan falsetto.

Selepas menunjukkan cara Mickey Mouse gelak, lelaki tersebut telah cuba untuk buat suara yang sama tapi keluar bunyi lain pulak… Erk

Video yang mendapat tontonan lebih 5 juta penonton ini telah membuatkan ramai netizen berdekah bila mendengar cubaan lelaki tersebut mengajuk gelak Mickey Mouse. Lagi-lagi bila tengok reaksi Khir! Hahahahaha

image is not available

Ada-ada je dorang ni tau… Rosak memori dengan Mickey Mouse.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.