Kongres PKR tangguh 15 Julai depan

Politics
10 Jun 2022 • 12:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan akhir bulan ini akan ditangguhkan kepada 15 Julai hingga 17 Julai depan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat MPP semalam bertujuan memberi ruang audit forensik menjalankan siasatan terhadap bantahan dan aduan yang diterima berkaitan pemilihan parti.

"Mesyuarat malam tadi putuskan untuk tangguh kongres pada Julai bagi memberi ruang untuk selesaikan aduan dan juga lakukan audit forensik,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) pada Jumaat.

Menurut laporan itu, Abdullah berkata, mesyuarat berkenaan berjalan dengan lancar dan keputusan tersebut diambil secara sebulat suara.

Sebelum ini, Kongres PKR dijadualkan pada 24 Jun hinga 26 Jun ini di IDCC, Shah Alam.

Bagaimanapun, calon Naib Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Murbarak menggesa supaya kongres nasional parti itu ditangguhkan selagi audit forensik terhadap pemilihan parti baru-baru ini tidak selesai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved