Terbuka Perancis: Nadal Mara Ke Peringkat Akhir Selepas Zverev Tarik Diri

4 Jun 2022 • 11:32 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rafael Nadal dan Alexander Zverev - Gambar AFP

PARIS - Rafael Nadal mara ke peringkat akhir Terbuka Perancis untuk kali ke-14 pada Jumaat selepas Alexander Zverev menarik diri akibat kecederaan buku lali dan ketinggalan 7-6 (8), 6-6 pada peringkat separuh akhir perlawanan, lapor Xinhua.

Pemain pilihan ketiga, Zverev terjatuh ketika cuba menyelamatkan bola pada permainan 12 set kedua berlangsung.

"Jika anda seorang manusia, anda harus berasa kasihan dengan nasibnya. Saya harap beliau tidak cedera teruk, saya harap beliau tidak patah tulang," kata Nadal.

Pemain Jerman itu terpaksa meninggalkan gelanggang dengan menggunakan kerusi roda dan selepas beberapa minit, beliau kembali dengan menggunakan tongkat dan mengumumkan beliau menarik diri dari permainan.

"Saya tahu betapa dia berjuang untuk memenangi Grand Slam. Buat masa ini, nasibnya malang. Saya pasti dia akan menang bukan satu, tetapi lebih daripada satu. Saya doakan yang terbaik untuk dia," tambah Nadal.

Nadal dijangka bertemu pemain veteran Croatia, Marin Cilic atau penyerang muda Norway, Casper Ruud di perlawanan akhir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved