Warner Bros. Pictures Dikhabarkan Potong Semua Adegan Amber Heard Dalam ‘Aquaman 2’

Entertainment
7 Jun 2022 • 3:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas kalah dalam kes saman fitnah dengan bekas suami iaitu Johnny Depp, pelakon Hollywood, Amber Heard telah diarahkan untuk membayar ganti rugi lebih daripada AS$10 juta (RM43.85 juta) kepada Depp.

Berikutan keputusan kes mahkamah tersebut, Warner Bros. Pictures dikhabarkan bakal memadamkan semua adegan Amber daripada Aquaman dan Lost Kingdom. Lapor The Direct.

Laporan itu turut menyatakan bahawa mesyuarat antara ‘orang atasan’ telah diadakan baru-baru ini untuk membuat keputusan bagi mengeluarkan Amber daripada sekuel Aquaman.

image is not available

Amber Heard telah merakamkan kebanyakan adegannya di London pada musim gugur pada 2021 dan penyingkiran wataknya boleh dijelaskan secara off-screen death atau kematian di luar skrin.

Khabar angin mencadangkan bahawa wataknya, Mera, boleh mati semasa bersalin pada permulaan sekuel bagi menghalang kemunculan sepenuhnya daripada filem itu.

Langkah itu dijangka bagi membantu mengelakkan sebarang tekanan negatif daripada perancangan dalam DC Extended Universe yang ditetapkan untuk tiba tahun depan.

image is not available

Info tambahan, Aquaman and the Lost Kingdom kini dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

"Sama Sekali Tidak!" - Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Berkeras Enggan Bayar Saman Kepada Johnny Depp