Janji beri kebahagiaan, Amber Heard dilamar lelaki Arab Saudi

Entertainment
7 Jun 2022 • 11:05 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Janji beri kebahagiaan, Amber Heard dilamar lelaki Arab Saudi

BARU-BARU ini panas dunia hiburan antarabangsa apabila pelakon, Amber Heard kalah dalam kes saman fitnah menentang bekas suaminya, Johnny Depp.

Depp memenangi saman fitnah terhadap Heard selepas juri mendapati wanita tersebut telah memfitnah bekas suaminya itu.

Heard mendakwa suaminya itu menderanya sepanjang hubungan mereka.

Terkini, seorang lelaki dari Arab Saudi menawarkan diri untuk berkahwin dengan aktres Amerika Syarikat (AS) itu.

Dalam nota suara yang disiarkan di akaun Instagram rasmi Heard, lelaki tersebut berjanji untuk mengisi hidup Heard dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

image is not available

"Amber, memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.

"Saya menyedari bahawa sesetengah orang membenci dan membuli awak. Oleh itu, saya memutuskan untuk berkahwin dengan awak.

"Awak sangat berharga tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu," katanya dalam kiriman nota suara.

Beruntungnya Amber Heard dilamar lelaki dari Arab Saudi. Moga ada sinar kebahagiaan untuk wanita tersebut.

Sumber: Gulf News, Geo News

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI